Kaunseling individu merupakan proses kaunseling yang hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi dari mana-mana pihak.
Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok merupakan proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman peserta dalam kelompok sebagai penggalak perkembangan diri peserta kelompok.
Alat Pengujian dan Pengukuran Psikologi
Alat pengujian dan pengukuran psikologi adalah aplikasi prosedur yang sistematik dalam usaha meninjau dan menerangkan tingkah laku dengan menggunakan skala numerik atau kategori-kategori tertentu.
Perkhidmatan Konsultasi
Konsultasi merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan. Seseorang klien boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi ini bagi membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.